AMBOI, CANTIKNYA SIJIL EDUBLOGGER! | PENGIKTIRAFAN DARIPADA AKADEMI YOUTUBER #AYU

 SIJIL PENGIKTIRAFAN EDUBLOGGER 2023



Tadaaaa...inilah hasilnya tabah mengadap kelas biarpun ada ketika mata tak larat nak buka dah..hahaha. Sijil pengiktirafan yang sangat awesome!!!
Satu usaha yang sangat berbaloi kerana sesungguhnya yang bulat takan datang bergolek, yang pipih takan datang melayang. Segalanya perlukan usaha dan sedikit pengorbanan.

Terima kasih YM Yu. Suffi dan Yu Zuly yang setia setiap minggu untuk berkongsi ilmu kepada kami. Ilmu yang diberikan ini walaupun percuma tetapi amat tinggi nilainya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang sanggup 'pm tepi' untuk membantu apabila diperlukan. Sesiapa yang tak grab peluang ni memang rugi besar lahhh...

Sesungguhnya Cikgu Eeda memang dah lama teringin nak belajar buat blog ni. Cuba juga godek-godek di Youtube tetapi tak banyak dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah sangat apabila Akademi Youtuber telah mencetuskan idea untuk menjadikan kami Blogger Pendidikan selepas bergelar Youtuber Pendidikan. Apatah lagi sebagai Guru Penyelaras Bestari di sekolah, Cikgu Eeda diamanahkan untuk menghidupkan kembali blog sekolah yang dah lama menyepi. Kini, dengan ilmu yang Cikgu Eeda dapat daripada Akademi Youtuber ini telah Cikgu Eeda gunakan untuk mewujudkan blog sekolah yang baharu disebabkan blog yang lama tak tahu siapa adminnya...hihihi. Jom la berkunjung ke blog sekolah Cikgu Eeda...


Bukan saja kami dianugerahkan dengan sekeping sijil yang amat cantik ini, tetapi juga sebuah badge yang mungkin pada orang lain tiada nilainya, tetapi kepada kami sangatlah berharga, kerana sijil dan badge ini ialah lambang segala usaha dan pengorbanan kami selama ini. Badge ini telah kami sematkan di blog masing-masing. Cantikkan badge kami...
Terima kasih Akademi Youtuber, terima kasih Cikgu Suffi, Cikgu Zuly, Muallim Hazar, Cikgu Rumainno dan seluruh warga AYU. Tahniah diucapkan kepada kita semua!!! Chaiyokkk...

#Cikgueedarahim
#akademiyoutuber





Previous Post Next Post