MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 SK PENGKALAN JAYA 2022/2023
ACARA |
TEKS |
EMCEE |
Tetamu Kehormat Masuk |
Mengumumkan perarakan masuk Tn
Hj Mohd Asri bin Abd Aziz, En Rashidi bin Md Arshad, barisan guru penolong
kanan dan para tetamu dengan diiringi pembawa Cokmar Apresiasi SK Pengkalan
Jaya sesi 2022/2023 ke Dewan Zamrud. Semua hadirin diminta berdiri. Nyanyian lagu (terus mainkan lagu) Tamat lagu : Mohon para hadirin mengambil tempat masing-masing. |
Kay |
|
Ramai tetamu
bermadah puisi Kata bertuan
tanda berbahasa Selamat
bertemu di Majlis Graduasi Semoga tuan
puan selamat sejahtera Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dibawa budak sambil berlari; Kehadiran semua
sangat dihargai, Moga Majlis
bertambah seri.
Bersama kita raikan... Majlis Apresiasi Tahun 6 SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023.
Yang dihormati Tn Hj Mohd Asri
bin Abd Aziz, Mantan Yang Dipertua PIBG, SK Pengkalan Jaya Yang Berusaha, En Rashidi bin
Md Arshad, Guru Besar, SK Pengkalan Jaya, Yang dihormati En Ridzuan bin
Hashim, Pen Kanan Pentadbiran, Pn Noraini bt Mokhtar, Pen
Kanan Hal Ehwal Murid, En Wan Azli bin Wan Teh Pen
Kanan Kokurikulum Tn Hj Azizi bin Samsudin, Pen
Kanan Pendidikan Khas Integrasi Yang dihormati AJK PIBG sesi
2022/2023, barisan guru tahun 6, mantan guru-guru SKPJ dan Yang diraikan para graduan
sekalian. |
K.Farid |
Ucapan Aluan Pengacara Majlis |
||
Bacaan Doa |
Duduk bersama
satu tujuan Amin Ya rabbal alamin...Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas pimpinan doa itu tadi. |
Kay |
Sajak Aluan |
Panglima perkasa segak bergaya
Segalanya pasti menjadi realiti Andai tidak digarap usaha bertubi-tubi Percayalah anakanda Tiada kejayaan tanpa usaha Tiada bahagia tanpa derita Tiada kemanisan tanpa pahit di awalnya Itulah lumrah kehidupan kita bernama manusia... |
K.Farid |
Tujuan Majlis |
Hadirin yang dimuliakan, Terlebih
dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima
kasih semua hadirin, terutama kepada tetamu-tetamu kehormat atas kesudian
meluangkan masa, bersama-sama kami dalam menjayakan Majlis
Apresiasi Tahun 6 pada kali ini.
Semoga dengan kehadiran kalian dapat menyuntik semangat yang membara kepada
para bakal graduan bagi mencapai kecemerlangan dalam menempuh kehidupan
mereka nanti. Majlis
Apresiasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada
putera dan puteri SK Pengkalan Jaya yang berjaya menamatkan pembelajaran di
alam persekolahan selama 6 tahun di sekolah ini. Semua murid tahun 6 akan digraduasikan sebentar
lagi. Warga
dewan yang dimuliakan,
Kepada
para bakal graduan SK Pengkalan Jaya, diharap sentuhan majlis ini juga dapat
membuatkan anakanda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SK Pengkalan Jaya. Kami
berharap, anakanda putra dan puteri dapat meneruskan kecemerlangan apabila di
sekolah menengah nanti. |
Kay |
Tayangan Montaj |
Bagi menghangatkan suasana
pada pagi ini, tirai majlis kita buka dengan tayangan montaj kenangan
mengusik jiwa para graduan selama menjadi warga SK Pengkalan Jaya sejak tahun
2017. Dipersilakan. Tayangan Montaj Untuk makluman semua video
montaj ini merupakan hasil garapan Ustaz Azizul Imran bin Salamon. Terima
kasih ustaz. |
K.Farid |
Ucapan Wakil Murid |
Hadirin sekalian, Majlis pada petang ini
dimulakan dengan ucapan wakil murid yang akan disampaikan oleh Ketua Murid SK
Pengkalan Jaya iaitu Mirza Zafirah bt Mohd Zaini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. Ucapan wakil murid Begitulah tadi luahan rasa dan
penghargaan daripada ketua murid kita Mirza Zafirah. Majlis mengucapkan
terima kasih. |
Kay |
|
Warga dewan yang dimuliakan, Segar pepohon di pagi hari, Embun menitis membasahi
bumi ; Madah dihulur sembah
diberi, Kata perangsang
hajatnya kami. Majlis meneruskan acaranya
dengan mempersilakan Yang Berusaha En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar SK Pengkalan Jaya, untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
|
K.Farid |
Ucapan GB |
||
Ucapan Perasmian |
Tenung benang menjadi sari Di atas papan batang jerami Kepada tuan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan
Yang dihormati Tn Hj Mohd Asri
bin Abd Aziz, Mantan Yang Dipertua PIBG, SK Pengkalan Jaya untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6 SK
Pengkalan Jaya sesi 2022/2023. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan. Ucapan
Perasmian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah
atas kesudian Tn. Hj Mohd Asri menghadirkan diri dalam majlis kita pada pagi
ini, pihak sekolah dengan berbesarkan ingin menyampaikan cenderamata tanda
kenang-kenangan. Oleh itu, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar En Rashidi
bin Md Arshad untuk menyempurnakan acara. Selesai
beri hadiah : Terima kasih daun keladi. |
Kay |
Persemba-han 1 |
Sebelum kita teruskan dengan
acara kemuncak pada pagi ini, mari sama-sama kita hiburkan hati dengan alunan
nyanyian daripada adik Nurul Fatini Amani Bt Muhammad Nur dengan lagunya Sayunk I love U. Dipersilakan. Nyanyian 1 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan adik Nurul Fatini sebentar tadi. |
K.Farid |
Penyampaian Sijil Graduasi 1 |
Berjalan ke kota berbaju merah Biar selamat jalan menongkah Tersenyum bangga menerima watikah Para graduan segak menawan Hadirin warga dewan sekalian, Penerima sijil graduasi
dimulakan dengan Tahun 6 Ibnu Abbas:
Terima kasih diucapkan kepada
Tn Hj Mohd Asri bin Abd Aziz,
Mantan Yang Dipertua PIBG, SK Pengkalan Jaya atas kesudian menyampaikan sijil
graduasi sebentar tadi. |
Kay |
Persemba-han 2 |
Alunan muzik menyentuh jiwa, Cantik hiasan jadi tatapan ; Majlis kini berehat seketika, Persembahan nyanyian kami dendangkan. Bagi meredakan suasana dewan
tika ini, mari sama-sama kita hayati sekali lagi nyanyian daripada adik Nurul Fatini
Amani Bt Muhammad Nur dengan
lagunya Memori Tercipta. Dipersilakan. Nyanyian 2 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang memukau daripada adik Nurul Fatini sebentar tadi. |
K.Farid |
Penyampaian Sijil Graduasi 2 |
Hadirin sekalian, Majlis penyampaian sijil dan
cenderamata kini diteruskan. Bagi menyempurnakan tujuan tersebut, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan sekali lagi Tn Hj Mohd Asri bin Abd Aziz, tampil
ke pentas utama. Dipersilakan. Majlis penyampaian sijil dan
cenderamata diiteruskan dengan menjemput para graduan dari kelas 6 Ibnu Naqib Dengan itu dipersilakan... Penyampaian Sijil: 6IN, 6IS Demikianlah tadi berakhirnya
penyampaian sijil-sijil graduasi kepada semua murid tahun 6, sesi 2022/2023. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Asri bin Abd
Aziz atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah itu tadi. |
Kay |
Cenderamata Guru Tahun 6 |
Majlis diteruskan lagi dengan
acara penyampaian cenderamata kepada guru-guru tahun 6, AJK PIBG dan Adik
Nurul Fatini bt Muhammad Nur. Dengan ini majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha En Rashidi
bin Md Arshad, Guru Besar SK Pengkalan Jaya dengan diiringi oleh En Ridzuan
bin Hashim, Pen Kanan Pentadbiran untuk menyempurnakan acara. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan. Penerima Cenderamata : Guru-guru Tahun 6, AJK PIBG,
Nurul Fatini i) Penyampaian cenderamata dimulakan dengan guru-guru tahun 6. Dijemput... ii)Seterusnya AJK PIBG... iii)Dan akhir sekali dijemput
Adik Nurul Fatini bt Muhammad Nur, penyanyi jemputan kita pada pagi ini. Bersyukur kini
kami panjatkan, Majlis anugerah
telah disempurnakan, Sekalung
penghargaan kami hulurkan, Segulung
tahniah kami ucapkan. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada tuan guru besar kerana sudi menyempurnakan majlis. |
K.Farid |
Cabutan Bertuah |
Hadirin sekalian, Seterusnya kita akan ke sesi
Cabutan bertuah. Untuk menyempurnakan acara, majlis menjemput dan
mempersilakan... Tahniah diucapkan kepada yg
bertuah dan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan hadiah-hadiah
cabutan bertuah tersebut. Sesi Fotografi : Sebelum kita menjamu selera, sebentar lagi akan
diadakan 2 sesi fotografi iaitu AJK PIBG bersama guru-guru dan kemudian kelas-kelas
bersama Tuan Guru Besar, guru kelas dan guru mata pelajaran |
Kay |
Penutup |
Sidang hadirin yang
dimuliakan,
Majlis sekali lagi merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Asri bin Abd Aziz,
Mantan Yang Dipertua PIBG, SK Pengkalan Jaya, En Rashidi bin Md Arshad, Guru
Besar SK Pengkalan Jaya, barisan guru Penolong Kanan dan semua ahli
jawatankuasa kerja Majlis Apresiasi SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023 yang telah
bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir majlis ini berlangsung.
Di atas dahan burung tempua, Terbang sekawan si burung merbah, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih
juadah mesra. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum wbt…. |
K.Farid |
SESI FOTOGRAFI |
Jemput AJK PIBG dan guru-guru mengambil tempat utk
sesi fotografi. Selepas selesai PK-PK akan mengiringi AJK PIBG untuk jamuan. Minta murid berkumpul mengikut kelas. |
|