TEKS EMCEE MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2022 | SK PENGKALAN JAYA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

Nukilan di https://www.facebook.com/profile/100001285534242/search/?q=bulan%20kemerdekaan

CATATAN

UCAPAN

Ketibaan para jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya diiringi oleh barisan guru penolong kanan, wira-wira dan srikandi SK Pengkalan Jaya masuk ke dewan Aula Bestari.

 

Ucapan aluan

 

 

 

 

 

 

Kak Zim

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbktuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya

Yang Dihormati,

En Ridzuan bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Noraini bt Mokhtar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Wan Azli bin Wan Teh, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

En Azizi bin Samsudin, Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi

Rakan-rakan guru yang cantik manis dan segak bergaya serta murid-murid hebat SK Pengkalan Jaya sekalian.

 

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya bagi tahun 2022.

 

 

 

 

Farid


Bersatu Padulah Rakyat Malaysia,
Elakkan Diri Daripada Pergaduhan,
65 Tahun Kita Merdeka,
Negara Makmur Terus Berwawasan.

 

Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kemerdekaan.


Tahun ini negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-65. Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat sebuah keluarga.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya diadakan bertujuan untuk mengajak semua warga menghayati konsep dan rentetan sejarah
yang membawa kepada kemerdekaan negara kita serta memperingati perjuangan pelbagai pihak yang berjuang untuk meraih kemerdekaan negara.

Jadi besarlah harapan pihak sekolah agar program ini dapat melahirkan warga SK Pengkalan Jaya yang cakna, bersemangat patriotik serta sentiasa berazam dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara daripada pelbagai bentuk penjajahan agar negara terus makmur dan merdeka.

 

 

Bacaan doa

 

 

 

 

Kak Zim

 

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat;

Angkat tangan jari sepuluh;

Doa dipohon biar selamat

 

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Safuan bin Ghazali. Dipersilakan.

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

 

Ucapan perasmian guru besar

 

 

 

 

Farid

 

 

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi;

Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;

Hulurkan madah kata perasmi.

 

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SK Pengkalan Jaya bagi tahun 2022. Dipersilakan.

 

     -       Selesai ucapan perasmian –

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya atas ucapan perasmian sebentar tadi.

 

 

Gimik Penutupan Bulan Kemerdekaan

 

 

 

Kak Zim

 

Baiklah seterusnya mari sama-sama kita saksikan Gimik Penutupan Bulan Kemerdekaan iaitu sebuah lakonan drama yang bertajuk Anak-Anak Merdeka yang dibintangi oleh murid-murid tahun 3, 5 dan 6. Untuk makluman semua drama ini ialah hasil nukilan Cikgu Noor Aziah Ibrahim dan Teacher Sabrina Ismail dengan kerjasama AJK GIMIK Penutupan Bulan Kemerdekaan.

Ayuh tumpukan perhatian anda ke pentas utama. Dipersilakan.

 

     -       Gimik –

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pelakon dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan drama Anak-Anak Merdeka. Untuk makluman penyanyi solo Bahtera Merdeka ialah NURUL FATINI AMANI BINTI MUHAMAD NUR dari kelas 5IK dan solo

Malaysiaku oleh MUHAMMAD ADIB BIN KHALIDUR ANWAR dari kelas 3IA. Berikan satu lagu tepukan yang gemuruh.

 

 

Persembahan

 

 

 

Farid  

 

Dari Kedah ke Kuala Perlis,

Singgah sebentar di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

 

Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan enam persembahan iaitu nyanyian solo dan nyanyian berkumpulan. Untuk tidak melengahkan masa, mari kita saksikan persembahan yang pertama daripada adik Muhammad Aiman dari kelas 1IA dengan lagunya Tanggal 31. Dipersilakan.

 

2. Kumpulan 4IK - Setia

3. Solo Fatini 5IK - Bila ku rindu ku sebut nama mu

4. Kumpulan 6IA - Gemuruh

5. Solo Nur Ain 4IA - Saya Anak Malaysia

6. Kumpulan 5IK - Malaysiaku


     -       Selesai persembahan –

 

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nyanyian solo dan kumpulan yang menarik itu tadi.

 

 

Penyampaian Hadiah

 

 

 

Kak Zim  

 

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman pemenang bagi beberapa pertandingan yang telah diadakan sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

 

Dengan itu, majlis mempersilakan En Rashidi bin Md Arshad, dengan diiringi oleh En Ridzuan bi Hashim untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

 

Baiklah kita mulakan dengan Pertandingan

 

    1.    Pertandingan Scratch Laungan Merdeka

    2.    Pertandingan Mereka Cipta Arca Kemerdekaan

    3.    Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1

    4.    Pertandingan Nyanyian Solo

    5.    Pertandingan Nyanyian Berkumpulan


 

Nyanyian lagu patriotik

 

 

Farid

 

 

Hadirin yang dihormati sekalian,

 

Cantik kemboja tiada berduri

Biar berkembang jangan dipetik,

Ayuh semua kita berdiri,

Menyanyi dengan penuh patriotik.

 

Marilah kita sama-sama nyanyikan lagu-lagu patriotik

     1.    Jalur Gemilang

     2.    Saya Anak Malaysia dan

     3.    Tanggal 31

 

Tahniah diucapkan kepada semua atas nyanyian penuh bersemangat sebentar tadi.

 

 

Laungan kemerdekaan

 

 

 

Kak Zim


Majlis akan diteruskan dengan acara LAUNGAN KEMERDEKAAN. Dengan ini majlis mempersilakan En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya untuk melaungkan MERDEKA sebanyak 7 kali. Dipersilakan.

 

     -       Selesai laungan –

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya atas penyempurnaan acara laungan kemerdekaan itu tadi.

 

 

Penutup

 

 

 

 

Farid

 

Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan
andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan

 

Khazanah batik warisan terindah;
Kekal setia perpaduan bergema;
Semangat patriotik semarak megah;
Keluarga Malaysia teguh bersama.


Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kerjasama yang diberikan dan kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Kami selaku pengerusi majlis memohon keampunan andai ada tersalah bicara terlanjur bicara terkasar bahasa sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu, sekian Assalamualaikum wbt

 

 

Pengumuman

 

     Penyampaian hadiah Prasekolah dan PPKI buat masa rehat tahap 1

 

#cikgueedrahim

#skpjdihati