HIKING TANGGA PELANGI @ 328 RAINBOW STAIRWAYS BERAPIT | PEMBUKA TIRAI CUTI TAHUN BAHARU CINA 2023

 CIKGU EEDA DAN FAMILY HIKING TANGGA PELANGI



Jumaat 20 Jan 2023 kami ke 328 Rainbow Stairways atau Tangga Pelangi. Nak ke situ kenalah mendaki dulu bukit yang tak tinggi tapi agak curam. Mau berhenti beberapa kali juga ..ambik nyawa..hahaha. Maklumlah orang-orang yang tak berapa muda macam Cikgu Eeda ni tambahan sakit lutut pulak. Tapi nak gagah juga pi mendaki berkat dorongan sang suami Cikgu Amlee..kalau tak memang dok bina badan ja la kan rumah ni...hahaha. Seronok apabila berada di puncak tu yang buat Cikgu Eeda bersemangat tiap-tiap kali mendaki.




Apa-apa pun yang penting bergambar dulu sebagai kenangan. Mula-mula jalan dia okey jerr...



Berhenti di perhentian pertama...dah tercungap-cungap dah...mencanak ja trek dia. Boleh tahan penatnya...





Berjalan sikit ambil gambar lagi...hahahha...ada yang tak mau dah bergambar dengan kami...




Tengok pemandangannya yang cantik ni...hmmm macam manalah tak ambil gambar kannn... Cikgu Amlee memang takan lepaskan peluang untuk merakam moment-moment macam ni...


Cikgu Eeda tak berani sebenarnya ni...naik sikit ja atas batu ni..hahaha



Nak sampai tangga pelangi dah ni...Cikgu Eeda semakin bersemangat. Tapi plannya tak naik la tangga tu sebab sakit lutut.







Dah sampai kat tangga tu rasa macam boleh gagah ni...sebabnya dok nampak pelantar kat atas tu. Nampak pendaki-pendaki lain baik punya dok relax kat atas tu sambil bergelak ketawa. Cikgu Eeda jadi jeles dan tercabar..hahahha


 Akhirnya sampai juga...ni wajah-wajah kepenatan.



Seronok tak terkira la tu... boleh dok hayun buai lagu tuuu...




Menikmati pemandangan yang sejuk mata memandang...dok pula dengan marka nak kata apa lagi kan...hahahaha... bestnyaaaa






Ni hala nak turun..kami tak turun ikut tangga takut tercabut kepala lutut..hahaha..kami ambil laluan satu lagi..jalan-jalan sambil makan angin.


Akhirnya sampai dh kaki bukit...legaaaa...mission completed!!!


#cikgueedarahim

3 Comments

Previous Post Next Post