Pencapaian pertama 2023 tahniah untuk Cikgu Eedarahim sebab dah ada blog sendiri...hahhaha.. Sesuatu yang tak pernah termimpi pun. Sama macam mula-mula buka channel youtube. Sis cuba... Banyak kenangan manis di tahun 2022. Semoga kenangan itu akan terus menjadi pembakar semangatku di tahun 2023. Beberapa pencapaian dan pertemuan luar jangka menambahkan lagi kemanisan tahun 2022. Asbabnya setelah aku menyertai keluarga AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA, kenangan ini aku peroleh. Terima kasih AYU.
Dengan sedikit kemahiran yang ada setelah hampir 2 tahun bersama AYU, buat pertama kali saya menghantar video pertandingan digital iaitu Cikgu Juara Digital...tak sangka pula tersenarai sebagai top 50. Jadilahkan percubaan pertama.
Asbab kejayaan ini, saya berpeluang bertemu muka dengan rakan-rakan CJD yang terdiri daripada adik-beradik AYU terutama si cantik manis dari Sabah Chekgu LK dan Cikgu Yuhanisah dari Johor . Manis sungguh kenangan itu.
Kali pertama jumpa walaupun tak rancang tudung hampir sama do..hahaha.
Gambar yang paling awesome sebab memasing nampak tinggi. Maklumlah semua geng renek-renek ja.
Selepas itu kami berpeluang berjumpa lagi apabila otak geliga yang boleh dibuat batu cincin Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly telah menjayakan perjumpaan ahli-ahli buat pertama kalinya. Part ni sapa yang tak dapat join memang rugi besar la..serius cakap lu rugi besarrr...
Kami bertiga dapat berjumpa lagi di hotel Midaris. Tapi Si Leesa tu kejap ja jumpa, sibuk dia dengan urusan pengajiannya. Chaiyok babe!!
Semoga tahun 2023 ini bakal menyajikan banyak lagi kenangan manis buat aku dan rakan-rakan serta keluarga. Harap-harap impian yang tak kesampaian di tahun 2022 akan dapat direalisasikan pada tahun in. Isha-allah...aminn.
Terbaik keluarga AYU...happy sokmo..
ReplyDeletekann..macam dah lama kenal..
DeleteRindunyalah bila tgk smula gambar. Jumpa lagi
ReplyDeletemenggamit memori...hahaha...bila plk turun keyel
Deletehaha...part renek tu kak paling win oh
ReplyDeletehahaha...apa kak long kata geng 153 ka
Delete