JALAN-JALAN PUSING PERLIS
Assalamualaikum... cuti CNY yang lepas Cikgu Eeda dan keluarga tak tahu nak ke mana. Namun sayang pula kalau masa cuti-cuti macam ni tak diisi dengan aktiviti yang sihat dan manis. Jadi suami Cikgu Eeda, Cikgu Amlee cadangkan kami ke Perlis. Pergi balik hari ja sebab kebanyakan hotel atau homestay yang kami cari semua dan full. Maklumlah dah last minute kannn...
Lokasi pertama kami ialah ke Gua Cenderawasih. Kenapa ke sana? Ada apa di situ? Haaa kat situ ada BUKIT LAGI, trek untuk hiking yang menjadi minat dan hobi Cikgu Amlee. Kami bertolak awal pagi dan berhenti solat subuh di R&R Gurun. Kami bersarapan roti dalam kereta sahaja.
Tiba di Gua Cenderawasih, cuaca masih sejuk dan nyaman. Dengan sedikit regangan, pendakian pun dimulakan. Cikgu Eeda naik sikit saja lepas tu turun balik. Treknya bertangga dan anak tangganya agak curam dan menakutkan. Cikgu Eeda tak mampu...hahahaha.
Haaa tengoklah 'keextreman' tangga-tangganya tu. Memang tak daya la Cikgu Eeda nak panjat. Mau jem kepala lutut...hahaha. Kesian menantu Cikgu Eeda first time mendaki dah dapat trek macam ni. Harap Tihah tak seriklah ya...
Dah sampai puncak, hahhh Masyaallah cantik amatlah pemandangannya. Sempatlah mereka abadikan gambar buat kenangan.
Destinasi kedua
Setelah berpeluh-peluh mestilah kena cari tempat untuk mandi kannn. Kami menuju ke Bukit Air untuk sejukkan badan.
Sejuk sungguh air kat sini. Memang bestlah dapat berendam setelah badan berpeluh-peluh...
Destinasi ketiga
Kami teruskan perjalanan ke Padang Besar untuk makan tengah hari dan shopping. Macam biasa Padang Besar memang sesak dengan pengunjung. Cutilah katakan. Sibuk bershopping sampai kami terlupa untuk merakam walau sekeping gambar kenangan di sini..mmm..lemah!!! hahahah...
Destinasi keempat
Selepas dah penat bershopping, kami ke ladang Kenaf untuk bergambar. Kat sini memang tak ada apa-apa pun selain pokok kenaf. Masa pun tak berapa sesuai kerana bunga-bunganya ada sikit-sikit saja. Tapi tak apalah dah sampai pun kannn... kita bergambar jugalah. Yang penting modelnya...hahaha.
Cantikkan pemandangan di sini dengan model-model yang comel belaka...hahaha
Destinasi kelima
Seterusnya kami menuju ke Bukit Cabang untuk melihat 'sunset' cadangannya, tetapi disebabkan masih awal ketika itu dan kami pula akan pulang terus jadi kami hanya bergambar di situ. Pemandangan bukitnya yang cantik dengan kambing-kambing yang meragut rumput di tengah padang, menjadikan suasana di situ sangat awesome.
Kambing-kambing pun jinak sangat...siap letakkan kepala atas riba Cikgu Amlee...hahaha manja betul niii.
Destinasi terakhir
Kami bertolak ke destinasi terakhir untuk solat dan makan malam di Dataran Ikan Bakar Kuala Perlis. Sebelum tu sempat lagi singgah di Kampung Warna-Warni, Kuala Perlis untuk bergambar juga. Hanya Cikgu Eeda dan suami yg turun bergambar, anak-anak dah tak larat.
Ini Jambatan Tuanku Syed Putra. Bergambar di sini saja, tak sempat masuk ke kampung kerana hari sudah senja.
Selepas makan kami terus bertolak pulang. Alhamdulillah biarpun dengan perancangan otak seminit, kami tetap bergembira dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga.
#cikgueedarahim
Fuyyooooo
ReplyDeletehahaha...best ooo...lama2 tak balik kg...
DeleteAda brann ka panjat bukit nii
DeleteComel la model yg berpayung tu...hihi
ReplyDeleteTerbaek... nak tirulah...
ReplyDeleteSila²...hihihi
Delete