TEKS EMCEE MAJLIS HARI APRESIASI KECEMERLANGAN DAN KEUSAHAWANAN SERTA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, SK PENGKALAN JAYA SESI 2022/2023.

 TEKS PENGACARA MAJLIS HARI APRESIASI KECEMERLANGAN DAN KEUSAHAWANAN SERTA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK.


QUE

PERKARA

Ketibaan Tetamu

Huda

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati TUAN SYED MIKAEL RIZAL AIDID diiringi oleh Yang Berusaha En Abu Shofian bin Hussin, Yang Berusaha En Rashidi bin Md Arshad dan tetamu-tetamu kehormat masuk ke dewan Aula Bestari.


Salutasi

 

 

 Kak Farid

BismilLahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Wa Rahmatul Lahiwa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Yang Dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid

Pegawai Khas Yang Berhormat Dato' Timbalan Ketua Menteri 1

Pulau Pinang.

 

Mewakili


Yang Berhormat Dato Ir Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang,

 

Yang Berusaha En Abu Shofian Bin Hussin, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Seberang Perai Utara

 

Yang Berusaha En Rashidi bin Md Arshad

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya

 

Yang dihormati En Khalidul Anwar bin Ishak ,

Naib Yang Dipertua PIBG, merangkap Pemangku Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya


Yang dihormati barisan pentadbir SK Pengkalan Jaya, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan seterusnya

 

Murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara,

Tradisi Melayu turun temurun.

Pantun ditutur pembuka bicara.

 

Selamat datang kami ucapkan,

Buat semua hadirin budiman,

Ke sidang majlis penuh taakulan,

Moga merapat ukhuwah dan taulan.

 

Selamat datang ke Majlis Hari Apresiasi Kecemerlangan dan Keusahawanan serta Sambutan Hari Kanak-Kanak, SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023.

 

Saya Faridah binti Abdul Rahim,

dan saya Zaidatul Huda binti Mohd Sani,

akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

 

 

Ucapan

Alu-Aluan

Pengacara

 

 

 

 

 

 

Huda

 

 

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari;

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga majlis bertambah seri.

 

Terlebih dahulu, mari sama-sama kita panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat berhimpun untuk meraikan kejayaan murid-murid kita dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

 

Hadirin sekalian,

 

Kegiatan kurikulum, sahsiah dan disiplin serta penglibatan dalam kokurikulum di sekolah seperti unit beruniform, sukan dan permainan, serta kelab dan persatuan mampu memperkembang potensi dan keperibadian seseorang murid. Oleh ituMajlis Hari Apresiasi Kecemerlangan dan Keusahawanan serta Sambutan Hari Kanak-Kanak, SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023 yang diadakan adalah khusus untuk mengiktiraf kecemerlangan, menghargai ketrampilan, sumbangan dan jasa murid-murid yang telah menjaga nama baik sekolah serta membantu menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri malah di peringkat kebangsaan.

 

Menjadi harapan pihak sekolah dengan memberikan pengiktirafan melalui majlis ini, murid-murid yang lain akan turut bersemangat untuk mengenal potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri mereka pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah.

 

Untuk makluman hadirin dan hadirat juga anugerah kecemerlangan diberikan kepada lima orang murid bagi setiap kelas yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik, manakala empat orang murid yang menunjukkan disiplin dan sahsiah yang baik diberikan Anugerah Sahsiah Terpuji.

 

Dalam bidang kokurikulum pula insentif diberikan kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat terbaik dalam pertandingan yang disertai dalam pelbagai peringkat. Untuk makluman juga murid-murid ini akan menerima insentif yang berupa wang tunai yang disumbangkan oleh pihak PIBG SK Pengkalan Jaya. Terima kasih daun keladi tuan Naib Yang Dipertua dan AJK PIBG.


 

Bacaan Doa

 

Kak Farid

Hadirin yang dihormati,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Safuan bin Ghazali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*****BACAAN DOA*****


Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..

Semoga pertemuan kita pada hari ini dipelihara,

Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Menambah tautan kemesraan,

Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu kenangan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada 

Al Fadhil Ustaz Safuan bin Ghazali atas pimpinan doa sebentar tadi.

 

 

Ucapan

Guru Besar

 

 

Huda

 

 

 

 

Mari singgah di desa nan indah,

Berseri bunga mekar menawan;

Doa sudah aluan pun sudah,

Mari kita mendengar ucapan.


Majlis mempersilakan Yang Berusaha, En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.


*** UCAPAN****


Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

 

 

Ucapan

Perasmian

 

 

Kak Farid

Hadirin-hadirat yang dihormati,


Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi
;
Tuan sudah diberi kuasa
,
Sudilah kira, pohon merasmi
.

 

Majlis dengan ini mempersilakan Yang dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid Pegawai Khas Yang Berhormat Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Apresiasi Kecemerlangan dan Keusahawanan serta Sambutan Hari Kanak-Kanak, SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023. Dipersilakan.


*****UCAPAN*****


Bunga selasih di dalam taman
Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan


Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid atas ucapan perasmian sebentar tadi.


 

Persembahan

1

 

Huda

Hadirin yang dihormati,

Dari Langkawi ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan disaji memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati


Untuk merancakkan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Action Song daripada murid-murid tahun 5 dan 6 SK Pengkalan Jaya. Mereka akan menyampaikan rangkaian lagu medley bertemakan Saving Money. Dipersilakan.


***Persembahan***


Terima kasih kepada kumpulan Action Song atas persembahan yang memukau sebentar tadi. Untuk maklum semua, pasukan ini telah dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Action Song Anjuran SSPN Pulau Pinang bersempena Karnival Sempoi Baq Hang yang diadakan di bangunan SSPN Jalan Baru, Perai pada 17 Disember 2022 yang lalu. Tahniah diucapkan.

 

 Penyampaian Anugerah Khas Guru dan PIBKS

 

 

Kak Farid

Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan

Insan cemerlang negara terbilang

Anugerah diberi tanda kecemerlangan


Hadirin sekalian.


Majlis kita dimulakan dengan penyampaian Anugerah khas. Untuk menyempurnakan majlis dijemput Yang Berusaha En Abu Shofian Bin Hussin, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah Seberang Perai Utara diiringi oleh En. Ridzuan bin Hashim, Penolong Kanan pentadbiran SK Pengkalan Jaya untuk naik ke pentas. Dipersilakan.


*** Penyampaian Anugerah Khas***


Penyampaian Anugerah Khas dimulakan dengan Anugerah Khas Guru yang diberikan sebagai tanda menghargai penglibatan dan daya usaha guru dalam mengharumkan nama sekolah. Dijemput yang pertama…


***Nama penerima***


Seterusnya ialah Anugerah PIBKS yang diberikan sebagai tanda menghargai ibu bapa yg komited membantu menjayakan program sekolah dlm pelbagai bentuk sumbangan ke arah kemenjadian murid. Dijemput,…


***Nama penerima***


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Abu Shofian Bin Hussin dan En. Ridzuan bin Hasim atas kesudian menyempurnakan acara.

 

 

Anugerah Khas Murid  

 

 

Huda

 

 

 

 

 Kak Farid

 

 

 

 

 

 

 

Huda

 

 

 

 Kak Farid

 

 

 

 

 

 Huda

 

 

 

 

 

 

 

 


Kak Farid

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Murid. Oleh itu pihak majlis dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan Yang dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid Pegawai Khas Yang Berhormat Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang diiringi oleh Tuan Guru Besar En Rashidi bin Md Arshad untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.


Kita teruskan dengan penyampaian Anugerah Sahsiah Terpuji. Anugerah ini diberikan kepada murid yang menunjukkan disiplin dan sahsiah yang baik sepanjang tahun. Dijemput…


***Nama penerima***


Seterusnya disampaikan pula Anugerah Tokoh Kokurikulum. Anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang terlibat secara aktif mewakili sekolah dalam bidang koakademik mahupun sukan dan permainan.


Dijemput tokoh yang pertama iaitu Tokoh Kokurikulum PPKI adik Muhammad Haffisz Zafuan bin Shahrizuan. Tokoh ini merupakan penerima Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Akademik Kelas Berlian, mendapat tempat pertama Lontar Peluru peringkat Daerah Seberang Perai Utara, tempat ke-2 dalam Kejohanan Futsal PPKI Daerah Seberang Perai Utara dan telah terpilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut. Dipersilakan.


Seterusnya dijemput pula Tokoh Kokurikulum Lelaki iaitu adik Mohamad Faizal bin Mat Noor. Mohamad Faizal telah memenangi tempat ke-2 Pertandingan Bola Sepak Peringkat Negeri dan mewakili Pulau Pinang ke Peringkat Kebangsaan, juga merupakan pemain Program Pembangunan Bola sepak negara serta mewakili Pulau Pinang dalam Kejohanan SUPERMOKH Kebangsaan. Dipersilakan.


Tokoh seterusnya ialah Tokoh Kokurikulum Perempuan iaitu adik Nur Aimi Fatihah binti Amlee. Nur Aimi Fatihah merupakan pemenang tempat ke-3 E-Folktales Peringkat Kebangsaan, mewakili sekolah dalam Pertandingan Daei Cilik ADNI Peringkat Negeri, peserta Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri, peserta Pertandingan Bercerita Tahap Dua Bahasa Melayu Peringkat Negeri, Konduktor pasukan Bicara Berirama Sekolah yang telah memenangi tempat ke-2 Peringkat Negeri, mewakili sekolah dalam Pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Inggeris dan penerima Anugerah Khas Juri dalam Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Teladan. Dipersilakan Nur Aimi Fatihah untuk menerima anugerah.


Seterusnya kita beralih pula kepada anugerah Tokoh Kecemerlangan Akademik. Anugerah ini diberikan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik secara khususnya dan bidang-bidang lain amnya.


Dijemput Tokoh Kecemerlangan Akademik Lelaki iaitu adik Muhammad Amzar Rifqie bin Mohd Asri. Muhammad Amzar merupakan Penolong Ketua Pengawas Sekolah yang sangat ringan tulang dan suka membantu guru-guru dan rakan-rakan. Tokoh ini juga telah mewakili sekolah dalam Poetry Recitation Peringkat Negeri, pertandingan STEM Peringkat Negeri dan Pertandingan Softbol Peringkat Negeri serta merupakan ketua pasukan Softbol sekolah. Dipersilakan Muhammad Amzar Rifqi untuk menerima anugerah.


Seterusnya dijemput Tokoh Kecemerlangan Akademi Perempuan iaitu adik Mirza Zafirah binti Mohd Zaini. Adik Mirza merupakan penerima anugerah Ikon Kecemelangan Akademi SKPJ, Tokoh Kokurikulum, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Akademik bagi kelas 6 Ibnu Abbas. Tokoh ini juga merupakan pemenang tempat ke-3 Pertandingan NILAM Peringkat Negeri dan mewakili Pulau Pinang ke Peringkat Kebangsaan. Adik Mirza juga merupakan pemenang tempat ke-4 Pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Melayu Peringkat Daerah, tempat ke-3 Pertandingan STEM Peringkat Negeri, penerima anugerah emas Persatuan Puteri Islam Peringkat Negeri, Peserta Terbaik Perempuan Kem Mukhayyam Arabi, peserta Pertandingan Deklamasi Sajak ADNI Peringkat Negeri dan peserta Pertandingan Pidato Peringkat Negeri. Dipersilakan Mirza Zafirah binti Mohd Zaini untuk menerima anugerah.

 

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah kepada tetamu jemputan kerana sudi merasmikan majlis serta menyampaikan anugerahpada hari ini, dipersilakan En Rashidi bin Md Arshad untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada Yang dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid. Terima kasih sekali lagi.


Persembahan 2

 

Huda

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Hadirin sekalian,


Untuk meredakan kehangatan majlis kita pada pagi ini, mari sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian solo yang akan disampaikan oleh adik Nurul Fatini Amani Binti Mohd Noor diiringan penari-penari cilik dengan lagunya Sayunk I Love U. Dipersilakan.


***Persembahan***


Terima kasih Nurul Fatini Amani dan penari-penari cilik atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.


 

Penyampaian Anugerah Apresiasi

 

 

 

Kak Farid  Pra 1

 

Huda Pra 2

 

Kak Farid Pra 3

 

Huda PPKI

Berkebaya batik berwarna merah,

Diserikan dengan permata berlian;

Tibalah masa penyampaian anugerah,

Penerima teruja menunggu giliran.


Hadirin yang dihormati,


Sekarang tibalah masa untuk penyampaian Anugerah Apresiasi Kecemerlangan. Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan En Ridzuan bin Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pengkalan Jaya naik ke pentas.

 

Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian

Anugerah Kecemerlangan Prasekolah dan PPKI. Dijemput…

 

*********Penyampaian Anugerah********

 

Terima kasih diucapkan kepada En Ridzuan bin Hashimkerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.

 

 

 

 

 

Kak Farid Tahun 1

 

Huda Tahun 2

 

Kak Farid Tahun 3


Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Apresiasi Kecemerlangan bagi kelas Tahap 1. Untuk menyempurnakan acara, dijemput Pn Noraini bt Mokhtar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pengkalan Jaya  naik ke pentas.

 

Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian

Anugerah Kecemerlangan Tahun 1. Dijemput…

 

*********Penyampaian Anugerah********

 

Tahun 2 dan Tahun 3

 

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraini bt Mokhtar kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.


 

 

 

Huda Tahun 4

 

Kak Farid Tahun 5

 

Huda Tahun 6

 

 

Hadirin sekalian,


Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Apresiasi Kecemerlangan bagi kelas Tahap 2. Untuk menyempurnakan acara, dijemput Tuan Hj Azizi bin Samsudin, Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi SK Pengkalan Jaya  naik ke pentas.


Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian

Anugerah Kecemerlangan Tahun 4. Dijemput…


*********Penyampaian Anugerah********


Tahun 5 dan Tahun 6


Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Azizi bin Samsudin kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.

 

 

Penyampaian Anugerah Pemulihan dan NILAM



Kak Farid

Hadirin sekalian,


Seterusnya ialah majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Kategori Pemulihan dan Anugerah Nilam Kategori Individu. Dengan itu, dijemput  Pn Mahfuzoh bt Megat Halim, AJK PIBG SK Pengkalan Jaya naik ke pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.


Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian

Anugerah Kecemerlangan Akademik kategori Pemulihan. Dijemput…


*********Penyampaian Anugerah********

Anugerah NILAM Kategori Individu


Terima kasih diucapkan kepada Pn Mahfuzoh bt Megat Halim kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.

 

Persembahan Solo 3

 

Huda

Hadirin sekalian,


Majlis kita pada pagi ini akan berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada Adik Nurul Fatini Amani Binti Mohd Noor untuk menyampaikan sebuah lagi lagu buat hiburan kita semua iaitu Layar Impian. Dipersilakan.


***Persembahan***


Terima kasih Nurul Fatini Amani atas persembahan yang mengasyikkan itu tadi.

 

Penyampaian Anugerah Kehadiran dan Kokurikulum

 

Kak Farid- Kehadiran

 

Huda Kokurikulum

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kehadiran dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Majlis dengan ini menjemput En Khalidul anwar bin Ishak, NYDP PIBG SK Pengkalan Jaya diiringi oleh En Wan Azli bin Wan Teh, Penolong Kanan Kokurikulum naik ke pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.


Sesi penyampaian dimulakan dengan penyampaian

Anugerah Kehadiran. Dijemput…


*********Penyampaian Anugerah********


Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


Terima kasih diucapkan kepada En Khalidul anwar bin Ishak dan En Wan Azli bin Wan Teh kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.


 

Majlis Bersurai

 

Huda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para hadirin sekalian,

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segunung tahniah kami ucapkan....

 

Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil kesempatan waktu untuk mengucapkan kalungan terima kasih kepada

 

1) Yang Dihormati Tuan Syed Mikael Rizal Aidid Pegawai Khas Yang Berhormat Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

2) Yang Berusaha En Abu Shofian Bin Hussin, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah Seberang Perai Utara

3) Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013,

4) Guru-guru SK Pengkalan Jaya yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini

5) Serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan Majlis Hari Apresiasi Kecemerlangan dan Keusahawanan serta Sambutan Hari Kanak-Kanak, SK Pengkalan Jaya sesi 2022/2023 dapat dilangsungkan dengan meriahnya.


Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri
;
Sempurna sudah majlis dirai
,
Salah dan silap harap dimaafi
.


Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.


Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.


#Cikgueedarahim