HARI APRESIASI KECEMERLANGAN DAN KEUSAHAWANAN SERTA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK PENGKALAN JAYA SESI 2022/2023

PART 1: ACARA DI DEWAN - PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH

SABTU 11 FEBRUARI 2023 | 7.45 PAGI- 12.30 TENGAH HARI


11 Februari 2023
Hari Apresiasi Kecemerlangan, Keusahawanan & Hari Kanak-Kanak SK Pengkalan Jaya Sesi 2022/2023

Alhamdulillah...
Setinggi² penghargaan & ucapan terima kasih kpd Tn Syed Mikael Rizal Aidid Pegawai Khas mewakili TKM1 PP YB Dato IR Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman, En Abu Shofian Husin Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD SPU, En Khalidul Anwar Ishak NYDP PIBG & AJK PIBG, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, Ikon PIBK, PPM SKPJ dan murid-murid atas kehadiran, kerjasama & komitmen padu dlm menjayakan majlis ( 3 in 1) kita hari ini.
Semuanya telah dipermudah dan berjalan lancarnya👍👍👍
**Beberapa aktiviti yg dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya:
1) Majlis Apresiasi Tahun 1 hingga Tahun 6, Prasekolah dan PPKI di dewan
2) Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1 (Tema: Watak dalam filem) di dewan
3) Pertandingan Mewarna Tahap 1 di kantin
4) Projek Kitar Semula Tahun 4 di PSS
5) Pengurusan & Solat Jenazah Tahun 5, 6 di surau
6) Supa doopa di padang sekolah
7) Keusahawanan/ Gerai jualan di garaj basikal
8) Photo booth corner di ruang legar sekolah
*Semua murid diraikan dengan menikmati ais krim cup percuma daripada Ieda Ice Cream Borhan Din Honeyda 👌



Pertandingan Pakaian Beragam Bertemakan Filem





Acara Penyampaian Hadiah


Para juri kelihatan bertungkus-lumus memberi markah kepada peserta

Ketibaan Yang Dihormati TUAN SYED MIKAEL RIZAL AIDID diiringi oleh Yang Berusaha En Abu Shofian bin Hussin, Yang Berusaha En Rashidi bin Md Arshad dan tetamu-tetamu kehormat masuk ke dewan Aula Bestari.




Persembahan Pembukaan Action Song. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai johan dalamPertandingan Action Song Anjuran SSPN Pulau Pinang bersempena Karnival Sempoi Baq Hang yang diadakan di bangunan SSPN Jalan Baru, Perai pada 17 Disember 2022 yang lalu.




Acara Penyampaian Anugerah.

Anugerah kecemerlangan diberikan kepada lima orang murid bagi setiap kelas yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik, manakala empat orang murid yang menunjukkan disiplin dan sahsiah yang baik diberikan Anugerah Sahsiah Terpuji.

Dalam bidang kokurikulum pula insentif diberikan kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat terbaik dalam pertandingan yang disertai dalam pelbagai peringkat. Murid-murid ini menerima insentif yang berupa wang tunai yang disumbangkan oleh pihak PIBG SK Pengkalan Jaya. Terima kasih daun keladi Tuan Naib Yang Dipertua dan AJK PIBG.

Anugerah Sahsiah Terpuji

Dani Iskandar bin Zulkifli (Lelaki Tahap 2)

Siti Aisyah binti Mohd Fazilan (Perempuan Tahap 1)

Muhammad Fateh bin Mohd Firdaus (Lelaki Tahap 1)

Anugerah Tokoh Kokurikulum PPKI

Muhammad Haffisz Zafuan bin Sharizuan

Anugerah Tokoh Kokurikulum Lelaki

Mohamad Faizal bin Mat Noor

Anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan

Nur Aimi Fatihah binti Amlee

Anugerah Tokoh Kurikulum Lelaki

Muhammad Amsyar Rifqi bin Mohd Asri

Anugerah Tokoh Kurikulum Perempuan

Mirza Zafirah binti Mohd Zaini

Penyampaian Anugerah

Penyampaian Anugerah Apresiasi Prasekolah



Penyampaian Anugerah Apresiasi PPKI


Penyampaian Anugerah Apresiasi Tahun1 hingga Tahun 6




Penyampaian Anugerah Apresiasi Kehadiran dan Kokurikulum




AJK yang bertugas di dewan
Emcee bertugas Cikgu Faridah & Cikgu Zaidatul Huda

AJK Hadiah

Pengurus Penerima Hadiah

Tetamu yang hadir memeriahkan suasana.

Ucapan alu-aluan oleh En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar SK Pengkalan Jaya

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Syed Mikael Rizal Aidid Pegawai Khas 
Yang Berhormat Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang


Aktiviti Jualan, Pertandingan Mewarna, Solat Jenazah, Projek Kitar Semula & Supa Doopa


Keusahawanan/ Gerai jualan di garaj basikal




Para tetamu berkunjung ke gerai-gerai jualan

Projek Kitar Semula Tahun 4 di PSS



Pengurusan & Solat Jenazah Tahun 5, 6 di Surau Al-Abrar




Pertandingan Mewarna Tahap 1 di kantin


Murid-murid Tahap 1 yang sentiasa bersemangat

Supa Doopa di padang sekolah

Supa Doopa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid

Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Alhamdulillah majlis yang berlangsung di dewan berjalan dengan lancar dan jayanya. Gerai-gerai jualan juga laris dan habis semuanya. Semua guru dan murid berasa gembira dengan program yang diadakan ini.


#KekitaanYangEratTiadaYangBerat

Previous Post Next Post