MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 | SK PENGKALAN JAYA | 2022/2023 #skpjdihati

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Jumaat yang barokah, 3 Februari 2023 telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Pengkalan Jaya untuk murid-murid tahun 6 sesi 2022/2023. 

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran dan sebagai pendorong serta pembakar semangat kepada murid-murid yang belum lagi khatam Al-Quran. 

Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan dan panduan dalam kehidupan mereka nanti. 

Dewan Aula dihias indah dengan pokok-pokok yang segar dengan kerjasama pihak MBSP.

Peserta Khatam Al-Quran berkumpul di foyer sebelum majlis berlangsung.





Majliskan ini dimulakan sebaik sahaja tamat program mingguan bacaan Yasin. Peserta khatam Al-Quran berarak masuk ke Dewan Aula Bestari diringi oleh guru-guru kelas tahun 6. Khatam Al-Quran pada tahun ini dipimpin oleh Ustaz Syakir Aimen bin Ahmad.

Perarakan masuk peserta khatam Al-Quran bersama guru-guru kelas.





Video perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran bermula.
Pengacara Majlis Cikgu Faridah dan Teacher Kay

Bacaan doa oleh Ustaz Safuan Ghazali

Ucapan alu-aluan oleh tn Guru Besar En. Rashidi bin Md Arshad

Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Syakir Aimen bin Ahmad











d










Majlis tamat kira-kira jam 10.00 pagi. Program terakhir bagi murid-murid tahun 6 sesi 2022/2023 berakhir dengan jayanya. Semua murid tahun 6 dijemput bergambar bersama-sama pentadbir sekolah. Mereka kemudiannya diberikan makanan dan minuman percuma oleh penganjur program.



Anda juga boleh menonton video Majlis Khatam Al-Quran SK Pengkalan Jaya di link di 
https://www.youtube.com/watch?v=2fJ01dILdNw

Jangan lupa like dan subscribe Pengkalan Jaya Channel sebagai tanda sokongan anda.


#cikgueedarahim

#skpjdihati

Previous Post Next Post