PELANCARAN BULAN BAHASA 2024, SK PENGKALAN JAYA

 PELANCARAN BULAN BAHASA 2024



Pada hari Isnin 13 Mei 2024, Panitai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya telah melancarkan Bulan Bahasa 2024/2025. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pengkalan Jaya iaitu Pn. Rohayu binti Ali Musa. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Pn Zahariah binti Yahaya, diikuti dengan ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn Norhasimah Aini binti Mat Jelani dan seterusnya ucapan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Cik Khairul binti Morat.

Selesai ucapan perasmian oleh Pn Rohayu, menyusul pula gimik pelancaran. Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan murid-murid berbakat SK Pengkalan Jaya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

         Pelancaran Bulan Bahasa bermatlamat untuk mewujudkan budaya berbahasa yang baik dalam kalangan warga sekolah dan memberi ruang kepada warga untuk menyampaikan maklumat dengan teratur, tepat dan berkesan dalam kehidupan seharian. Hal ini juga bertepatan untuk meningkatkan pencapaian prestasi yang baik dalam mata pelajaran bahasa di sekolah ini.

OBJEKTIF :

1.   Membantu melahirkan murid-murid yang ketrampilan dan dapat berbahasa yang baik dalam menyampaikan pelbagai maklumat dan mengekspresi bakat individu secara berani dan berkeyakinan.

2. Menyediakan persekitaran berbahasa yang sesuai dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa untuk peningkatan penguasaan berterusan.

3.  Memupuk minat warga sekolah untuk menghasilkan karya bahasa yang berkualiti dan menjana maklumat yang bermanafaat untuk semua.

4. Melahirkan modal insan yang berdaya saing, terpimpin, berketrampilan dan mempunyai sahsiah yang baik, dan mempunyai jati diri yang utuh.

5.  Mengetengahkan modal insan berketrampilan yang harmoni melalui pelbagai program yang berkaitan

          Program ini akan berlangsung sehingga pertengahan Jun 2024. Adalah menjadi harapan ahli Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris agar aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.


Aktiviti Panitia Bahasa Melayu





Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris







FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS PELANCARAN































#skpjdihati

#skpjmovingforward


             




Previous Post Next Post