Majlis Khatam Al Quran Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya 2022/2023
CATATAN |
UCAPAN |
Perarakan Masuk peserta |
Mengumumkan perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran SK Pengkalan Jaya bersama guru-guru kelas tahun 6 sesi 2022/2023 ke dewan Aula Bestari. |
Ucapan aluan K.Farid |
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbktuh dan Salam Sejahtera. Yang
Berusaha, En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Jaya Yang dihormati,
En Ridzuan bin Hashim, Penolong Kanan
Pentadbiran, Pn. Noraini bt Mokhtar, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, En Wan Azli bin Wan Teh, Penolong Kanan
Ko-Kurikulum, En Azizi bin Samsudin, Penolong Kanan Pendidikan
Khas Integrasi Yang dihormati rakan-rakan guru serta
murid-murid hebat SK Pengkalan Jaya sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang ke
Majlis Khatam Al Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya bagi sesi
2022/2023. |
Bacaan doa Kay |
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. Kalau pergi Tanjung Keramat, |
Ucapan perasmian guru besar |
Amin… Ya rabbal alamin
Hadirin sekalian, Seterusnya majlis mempersilakan En Rashidi bin Md Arshad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan |
Kay |
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan tuan
guru besar sebentar tadi. Hadirin sekalian, Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Syakir Aimen bin
Ahmad untuk memimpin sesi Khatam Al-Quran kita pada pagi ini. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan. |
Penyampaian Sijil & Cenderamata K.Farid |
Terima kasih diucapkan kepada Al
Fadil ustaz Syakir atas pimpinan khatam Al Quran itu tadi. Alhamdulillah selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran bagi sesi 2022/2023. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan cenderamata kepada semua murid tahun 6. Untuk makluman murid-murid yang telah khatam Al-Quran akan menerima sijil, sebuah tafsir Al-Quran, bunga telur dan wang tunai sebanyak RM10 manakala murid-murid lain akan menerima sijil, sebuah tafsir Al-Quran dan bunga telur. Oleh itu majlis dengan berbesar hati
menjemput dan mempersilakan En Rashidi bin Md Arshad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Jaya dengan diiringi oleh En Ridzuan bin Hashim,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Pengkalan Jaya untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan. **Jemput ikut senarai nama** |
Penyampaian Hadiah Kay |
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En Rashidi bin Md Arshad dan En Ridzuan bin Hashim atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderamata sebentar tadi. Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.
Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam
al-Qur’an bagi sesi 2022/2023, ingin mengungkapkan ucapan syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada pagi
ini terutamanya Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua hadirin atas kerjasama yang diberikan dan kesudian memeriahkan majlis
pada pagi ini. Kami selaku pengerusi majlis memohon keampunan andai ada
tersalah bicara terlanjur bicara terkasar bahasa sepanjang mengendalikan
majlis ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu, sekian Assalamualaikum wbt |
izin saya guna ya.
ReplyDelete