NILAI SEBUAH PENGORBANAN, UKHWAH DAN KASIH SAYANG | BUKAN SEKADAR SEKEPING SIJIL BIASA

 NILAI SEBUAH PENGORBANAN



    Menjadi sebahagian daripada keluarga AYU bukanlah sesuatu yang pernah diimpikan. Alhamdulillah langkah yang telah diambil merupakan langkah yang terbaik kerana sangat bertepatan dengan minat. 

    Bermula PKP, Cikgu Eeda sertai group telegram Google Classroom demi untuk mendalami ilmu tersebut supaya PdPR dapat berjalan seperti kehendak pihak atasan.

    Setelah selesai menduduki 8 set ujian, akhirnya kami dibawa menyertai satu group baru iaitu Akademi Youtuber (AYU). Pada masaitu di fikiran Cikgu Eeda, mampukah aku menjadi seorang youtuber. Beranikah aku bersiaran secara langsung di media sosial tersebut yang akan ditonton oleh segenap lapisan masyarakat? Cikgu Eeda pujuk hati, takpa kita cuba dulu. Tak mampu kita stop...hahaha.

    Tak sangka hari ini Cikgu Eeda sudah pun berjaya menghasilkan beberapa video PdPc, tutorial dan aktiviti sekolah serta family yang sedikit sebanyak diharap dapat memberi manfaat kepada semua.

    Kini, Cikgu Eeda sudah berjinak-jinak dalam dunia Blogger pula. Rupa-rupanya seronok apabila ada blog sendiri...tempat untuk kita meluah segalanya. Berpeluang menuntut ilmu secara percuma daripada Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian.

    Sijil yang serba cantik ini menjadi pembakar semangat atas segala yang Cikgu Eeda lalui selama 2 tahun bersama Akademi Youtuber. Biarpun hanya sekeping kertas pada pandangan orang lain tapi pada pandangan Cikgu Eeda itulah harga sebuah pengorbanan Cikgu Eeda dan rakan-rakan selama ini. 

    Terima kasih tulang belakang AYU, Yu Suffi, Yu Zuly, Yu Abeymat, Yu Linnzack, Yu Muallim Hazar dan ramai lagi yang menjayakan misi ini. Terima kasih tak terhingga juga buat Ketua Panitia BMSR AYU, Yu Chekgu LK yang banyak membantu...selalu Cikgu Eeda pm tepi kalau tak faham apa-apa..hahaha. Terima kasih buat kumpulan NES2, Yu Shidee, Yu Nariza, Yu Saripah yang telah memberi peluang kepada Cikgu Eeda untuk sama-sama berkarya dalam NES2. Akhir sekali terima kasih tulang belakang Cikgu Eeda yang sentiasa support Cikgu Eeda iaitu Cikgu Amlee dan anak-anak. 

Terima kasih semua!!!

#cikgueedarahim
#akademiyoutuber

2 Comments

Previous Post Next Post