DRAMA HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023 | SK PENGKALAN JAYA, PULAU PINANG

 DRAMA HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023😭😉


17 Februari 2023 merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi semua murid di seluruh negara. Pelbagai reaksi dapat ditonton pada hari tersebut. Ada yang gembira kerana akan bercuti panjang, namun ada juga yang bersedih. Bagi murid-murid tahun 6, ini merupakan detik-detik yang paling pilu buat mereka kerana akan meninggalkan guru-guru dan rakan-rakan yang mereka sayangi. Namun, apakan daya kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan itu merupakan episod baru dalam kehidupan kita.

Pada hari itu, hari Jumaat yang mulia, dimulakan dengan bacaan Yasin seperti biasa. Selesai bacaan Yasin, acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sepak Takraw antara rumah sukan disampaikan.

Johan (Putra-Hijau)

Naib Johan (Satria-Biru)


Selepas itu, hadiah disampaikan juga kepada para peserta Karnival Bahasa Inggeris.

Story Telling dan Pemenang Ke-3 e-Folk Tales Peringkat Kebangsaan

Nur Aimi Fatihah binti Amlee


Peotry Recitation

Muhammad Amzar Rifqi bin Mohd Asri

Halimatussaadiah binti Abdullah

Public Speaking
Nurul Aina binti Mohd Rizan

Choral Speaking
Pasukan Choral Speaking SKPJ.

Pada pukul 11.15 pagi, murid-murid tahun 6 diminta berkumpul semula di dewan untuk Slot Khas sempena hari terakhir mereka di SK Pengkalan Jaya.

Cikgu Zulazhar sebagai Pengerusi Majlis

Nasihat terakhir Guru Besar kepada murid-murid tahun 6.






Murid-murid tahun 6 dan sebahagian guru-guru tahun 6.


Semua murid diarahkan untuk membersihkan kelas masing-masing dan menyusun kerusi di atas meja supaya kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan sewaktu cuti sekolah oleh pekerja kebersihan sekolah.






Kerusi meja disusun dengan rapi... terima kasih anak-anak.


Sebelum berpisah murid-murid tahun 6 bergambar kenangan bersama para pentadbir dan guru-guru yang mengajar kelas mereka.
6IA

6IB

6IK

6IN

6IS

Sebelum melangkah kaki keluar dari bumi SKPJ, murid-murid tahun 6 bersalam-salaman dengan guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Kala ini, air mata membanjiri Dewan Aula Bestari kerana masing-masing berasa sedih dengan perpisahan ini. Pelbagai riak wajah dapat disaksikan sepanjang mereka bersalaman. Guru-guru juga tidak dapat menahan sebak melihat wajah-wajah polos anak-anak syurga ini.











Selamat bercuti buat semua murid SKPJ. Jaga diri dan kesihatan sepanjang cuti ini. Kepada murid-murid tahun 6, selamat menempuh alam baharu. Bawalah nama baik SKPJ dan sentiasa berusaha tingkatkan kebolehan diri. Jagalah solat dan jadilah anak yang soleh dan solehah kebanggaan ibu bapa.

Jom tonton pelbagai video di hari akhir persekolahan sesi 2022/2023. 
 
Video Perpisahan 6IA


Tugasan akhir wartawan cilik Mirza Zafirah 


#skpjdihati

Previous Post Next Post