PROGRAM MOTIVASI DAN PENGHARGAAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM FASA 1, SK PENGKALAN JAYA 2023

 PROGRAM MOTIVASI DAN PENGHARGAAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pengurusan Kokurikulum SKPJ telah mengadakan Program Motivasi & Penghargaan Fasa 1 sebagai menghargai usaha guru-guru dan semua pemain yang telah tekun berlatih dan mengerah keringat untuk mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan MSSPP yang telah selesai.

Program Motivasi dan Penghargaan Kecemerlangan  Kokurikulum ini telah diadakan seperti info berikut dengan mengambil kira pelbagai kriteria penglibatan & kejayaan.

🟧29 Julai 2923 -Sabtu 

🟡 9.30 pagi-5.00 petang

💚 Bertam Souq Water Park

🚘 Pengangkutan Sendiri/ Kongsi Kereta (Jimat Kos Pengurusan)

🍝🧋🥤 Makan Sendiri 

    Program ini turut merangkumi Program Kongsi Rezeki dan Koperat Penyayang (PIBKS) SKPJ, 2023 tajaan Syarikat Tiga Cool Enterprise yang diadakan di Bertam Souq Water Park. Selain memberi penghargaan kepada guru dan atlit sukan SKPJ, ibu bapa dan PIBG juga turut diraikan. Pelibatan mereka bertujuan untuk mengurus dan menjaga anak masing-masing sewaktu riadah santai di Bertam Souq sebagai
kebersamaan kami di SKPJ.

    Konsep penajaan kali ini ialah berasaskan penglibatan dan pencapaian yang diperolehi dalam kejohanan di peringkat MSSPP dan sebagainya. Ada pasukan atau individu yg mencatat kejayaan cemerlang termasuk anak yatim dibiayai kos keseluruhan oleh pihak Tiga Cool (foc). Ada yg ditaja 90% , 80% 60 % mengikut pencapaian sebagai salah satu bentuk motivasi yang menekankan "untuk mendapatkan sesuatu yang percuma perlu ada usaha yang luar biasa."


Peserta yang terlibat dalam program ini.

 
Taklimat oleh Pn Rohayu binti Ali Musa , Guru Besar SKPJ sebelum masuk ke Bertam Souq.




Orang kuat Program PKKO SKPJ, Boboboi Kuasa Tujuh😁.

















Anak-anak gembira dan teruja berpeluang mandi-manda di Bertam Souq.

Terima kasih Puan GB, YDP dan AJK PIBG, barisan guru (Coach) serta ibu bapa yang turut serta bersama kami untuk Program Motivasi dan Penghargaan Kokurikulum Fasa 1, yang menghimpunkan keluarga besar SKPJ lebih 200 orang kali ini.


TERIMA KASIH EN. MANSOR & PN SAKINAH -TIGA COOL ENTERPRISE ATAS SUMBANGAN & SOKONGAN PADU UNTUK KAMI DI SKPJ.

Previous Post Next Post