PERTANDINGAN BOLING 2.0 | PROGRAM LDP DAN UKHUWAH GURU/STAF SK PENGKALAN JAYA, 2023

 PERTANDINGAN BOLING 2.0, SKPJ

Pihak KBGS SK Pengkalan Jaya telah menganjurkan satu pertandingan boling di Pusat Boling Sejati, Superbowl Sungai Petani pada Jumaat, 28 Julai 2023, jam 3:00 petang. Semua guru dan staf diwajibkan hadir untuk mendapat mata kredit LDP. Cikgu Rashidi, mantan Guru Besar SK Pengkalan Jaya turut sama meluangkan masa memeriahkan suasana.

        Pertandingan secara individu ini bermula pada jam 3:30 petang. Guru-guru dibahagikan kepada empat hingga lima orang bagi satu lorong. Sebelum bermula doa dibacakan oleh Ustaz Safuan agar aktiviti yang dijalankan mendapat keberkatan oleh-Nya.

      Pertandingan berlangsung dengan meriah dan penuh gelak tawa. Pusat boling Superbowl gamat dengan sorakan yang diberikan kepada rakan-rakan yang berjaya menjatuhkan pin. Tepukan semangat juga diberikan kepada rakan-rakan yang masuk longkang😁😂😜. Chaiyok semua...👏👏👏

       Majlis berakhir dengan ucapan perasmian penutupan oleh Pn Rohayu binti Ali Musa, Guru Besar SK. Pengkalan Jaya. Seterusnya acara penyampaian hadiah diadakan. Bagi kategori kanak-kanak, 10 hadiah disediakan. Bagi kategori guru/staf lelaki pula 10 hadiah disediakan manakala 15 hadiah untuk kategori guru/staf wanita. 

Aksi beberapa kumpulan sebelum pertandingan bermula...












Pertandingan bermula...




Sedang memikirkan strategi barangkali...


Gelagat para peserta...


Jurukamera yang sentiasa menjalan tugasnya...












 
Balingan hebat Cikgu Rashidi.

Mantap Pak Abu😁💪...

Ucapan penutup dan acara penyampaian hadiah.


Kategori kanak-kanak (10 hadiah)











Guru dan staf lelaki (10 hadiah)











Guru dan Staf Wanita (15 hadiah)

















Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.













Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan lagi agar ikatan ukhuwah warga SKPJ terus kukuh dan utuh.

#skpjdihati
#Cikgueedarahim
#edublogger
#akademiyoutuber
Previous Post Next Post