ALAMAK CIKGU EEDARAHIM TERACUN LAGI | WAKELET CERTIFIED #wakeletcertified

 WAKELET CERTIFIED 


Yesssss!!! I made it... I'm now WAKELET CERTIFIED...

Agak mencabar menjawab kuiz wakelet ni. Bukan sebab soalannya yang susah tetapi kerana masalah teknikal. Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya.


Ini paparan awal selepas anda klik link Wakelet Certified. Tak perlu login atau sign up pun. 



Tonton video-video yang disediakan untuk membantu anda menjawab soalan nanti. Selepas habis 5 section, anda dah boleh take test. Nak klik Take test terus pun boleh sebab nanti ada juga link video-video tu.


Ini syarat-syaratnya. Perlu betul sekurang-kurangnya 43/54 soalan untuk membolehkan kita mendapat 80% markah lulus.


Di sinilah masalah Cikgu Eeda bermula. Selepas selesai jawab dan klik butang submit slide ini yang terpapar. Dah betul 51 daripada 54 soalan tetapi muncul perkataan 'Unfortunately'. Cikgu Eeda sudah poning... Cikgu Eeda retake the quiz tapi still muncul yang sama.


Sepatutnya paparan seperti ini yang muncul...


Kemudian barulah teringat check kat email... Alhamdulillah dapat 2 sijil terus. Ambik kauuu...hahaha. Mungkin pihak Wakelet pun terkejut ramai sangat yang ambil kuiz ini. Sampai jem sistem mereka.hahaha...


Ujian itu indah. Alhamdulillah yang dinanti-nantikan sudah kunjung tiba...


Ayuh kawan-kawan. Sambil jawab kuiz boleh top up balik ilmu tentang wakelet. Dah lama belajar tentang Wakelet ni masa PKP dulu. Banyak dah lupa sebab jarang-jarang guna. Bagus juga dapat refresh ilmu Wakelet kita. Kepada yang berminat boleh klik link ni ya. Selamat ya gaiss!!!


Wakelet Certified linkhttps://wakelet.com/@wakeletcertifiedcourse


#cikgueedarahim

#akademiyoutuber


2 Comments

  1. Kak sijil 1 ltk kat fail. Sijil 2 frame kat skolah hahahahah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post