SELAMAT TINGGAL SKPJ | MAJLIS PERPISAHAN YANG DI LUAR JANGKA | #SKPJDIHATI
Tanggal 3 Mac 2025, berakhirlah perkhidmatanku di SKPJ. Sayu hati nak tinggalkan rakan-rakan dan murid-murid yang disayangi. Tapi apakan daya tuntutan tugas telah memaksa. 13 tahun di bumi SKPJ, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan.
Pada 16 April yang lalu satu majlis perpisahan telah diadakan oleh warga SKPJ untuk meraikan perpisahan ini sebagai tanda Salam Terakhir buatku. Terima kasih semua atas kasih sayang dan ingatan kalian. Terima kasih atas titipan hadiah-hadiah istimewa sebagai kenang-kenangan. Semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga-Nya.
Kutitipkan seuntai sajak buat kalian...
"Langkah Terakhir di Laman Ini"
Dalam hening subuh yang masih bersisa,
Kutapaki halaman ini buat kali entah ke berapa,
Namun pagi ini berbeda nadanya,
Ada sendu yang tak mahu reda.
Dinding kelas, menjadi saksi bisu
Pada tawa, marah, doa dan restu,
Di sinilah aku mencurah bakti,
Menyemai ilmu, setiap hari.
Wahai murid-muridku yang ku sayangi,
Setiap coretan di papan putih,
Setiap nasihat yang mungkin kau anggap remeh,
Adalah cinta yang tak pernah letih.
Buat rakan seperjuangan,
Dalam deru tugas, kita pernah tumbang,
Namun kalian angkat aku dengan senyuman,
Menyiram semangat kala aku suram.
Hari ini, aku melangkah pergi,
Bukan kerana hati ini membenci,
Tetapi waktu telah memanggil pergi,
Untuk aku menulis cerita baharu nanti.
Andai ada salah yang tertulis di hati,
Ampunilah insan biasa ini,
Kerana cinta dan kenangan kalian semua,
Akan kekal abadi... selamanya.
Pohon rendang di tepi titi,
Daunnya gugur ditiup bayu.
Berpisah kita bukanlah benci,
Hanya takdir mengatur waktu.
Sekian...
Sekian...
Foto kenangan yang tak ternilai...
Terima kasih semua.
#CikguEedarahim
#SKPJdihati
#CikguEedarahim
#SKPJdihati